Apabila sudah berumah tangga sebagai suami isteri, anda mungkin terlepas pandang pantang larang yang sepatutnya anda elak dari melakukannya.
Berikut adalah enam pantang larang yang perlu anda ketahui dalam hubungan suami isteri.
- Jangan puji orang luar, jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan.
- Hindar meninggikan suara/menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada rendah agar tidak mengguris hati.
- Usah lontarkan kritikan pedas yang mengguris perasaan pasangan. Sentiasa membuka hati untuk menerima pandangannya.
- Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar.
- Usah meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walau ketika isteri sedang haid.
- Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah/betul setiap masa.
Nampak simple je kan? Tetapi sebab simple itu lah yang ramai orang terlepas pandang.
Jadi dengan adanya perkongsian ini, dapatlah saya, anda dan pasangan sama-sama memperbaiki kekurangan dan kelemahan masing-masing.
Semoga ianya akan dapat berikan manfaat dalam perhubungan kita sebagai suami isteri
No comments:
Post a Comment