Kehebatan Misbun Sidek
Bila baca surat khabar hari ini, semua muka belakang surat khabar atau dibahagian sukan itu ceritanya adalah tentang Chong Wei. Kemenangan beliau dalam terbuka Malaysia seperti dalam jangkaan aku. Beliau juga penyandang juara bagi terbuka Malaysia pada tahun lepas dan aku rasa semalam, Taufik kurang menjadi dan tidak ada banyak smash dan tidak agresif seperti yang biasa beliau lakukan. Malah, aku rasa Chong Wei memang tak banyak bagi bola tanggung dan nampak macam dia lebih bersemangat. Mungkin kerana kehadiran Misbun Sidek dalam perlawanan-perlawanan lepas dan perlawanan semalam, membakar semangat Chong Wei untuk memenangi perlawanan semalam. Ketika aku lihat semalam, di TV1, tampak memang Chong Wei menguasai gelanggang. Cuma ketika pada set kedua, nampak Chong Wei agak bermain ketika Taufik mengejar hingga ke angka 17-18. Lepas itu, Chong Wei terus masuk gear dan menamatkan perlawanan. Sejujurnya, semalam memang hari Chong Wei dan bukan hari Taufik Hidayat. Tahniah buat Chong Wei.
Isu kedua dalam berita hari ini adalah kes jurulatih Chong Wei. Sejak beliau bertukar jurulatih iaitu Misbun Sidek, dia terus jadi johan dan johan sejak tahun 2005. Sekarang, dah dekat 6 tahun beliau masih berjaya mengekalkan takhta sebagai pemain nombor satu dunia. Memang Chong Wei belum pernah memenangi kejohanan utama dunia seperti di Sukan Olimpik ataupun Piala Thomas namun aku rasa Chong Wei tetap hebat kerana berjaya mengekalkan tempat nombor satu berbanding pemain-pemain lain. Memang pencabar Chong Wei hari ini kita tahu hanyalah Lin Dan. Semua pemain China biasanya kalah dengan Chong Wei kecuali Lin Dan. Ini memang susah nak dikatakan. Jika dalam dunia tennis ada Roger Federer dan Nadal, dalam dunia badminton ada Chong Wei dan Lin Dan. Aku rasa ini satu perkembangan yang baik untuk kedua-dua sukan mahal ini. Dan isu perletakkan jawatan Misbun masih jadi tanda tanya. Apakah reaksi dan jawapan terakhir Misbun. Mahukan beliau kekal dengan BAM atau tidak. Jawapannya, hanya dari beliau.
Isu ketiga pula adalah Hafiz Hashim. Antara pemain kontroversi Malaysia. Sejak memenagi ALL England 2003 dulu dan pernah jadi pemain nombor satu dunia, belia terus jatuh terduduk. Lagi-lagi bila Chong Wei berjaya menyinar dengan bergaya sejak tahun 2005. Jika dulu, ada Rashid Sidek, lepas itu ada Woon Choon Han, ada pula Roslin Hashim, muncul Hafiz Hashim dan sekarang, kita ada Lee Chong Wei. Semuanya pemain bertaraf dunia. Rashid, Roslin, Hafiz dan Lee Chong Wei, semuanya ada kaitan dengan Misbun Sidek. Dan kalau korang perasan, banyak pemain yang berkaitan dengan Misbun menjadi juara dunia. Roslin pernah pegang sekejap, Hafiz juga pernah merasa taktha pemain nombor satu dunia sekejap, disambung pula kepada Chong Wei sehingga tahun 2010. Adakah tahun 2011 masih milik Chong Wei? Berbalik pada isu Hafiz, dia sudah dapat lampu hijau dari BAM dan akan menjadi pemain profesional. Berita hari ini mungkin beliau akan bermain di liga Indonesia. Mungkin juga terima tawaran dari kelab lain. Apapun, aku harapkan yang terbaik untuk Hafiz. Nasihat aku, dia kena kurangkan makan, lebihkan berlatih dan asah skill jika mahu kembali bersinar.
Badminton tetap menjadi sukan panas dalam negara Malaysia. Cuma aku risau, siapakah pengganti bagi Rashid, Choon Han, Roslin, Hafiz dan Lee Chong Wei. Anak didik Misbun yang terakhir, adalah anak beliau sendiri. Misbun Ramadan. Adakah Ramadan akan mengikut jejak abang-abang yang pernah mendapatkan didikan dari Misbun? Mampukah Ramadan bersinar? Kita tunggu. Tunggu dan terus tunggu..
No comments:
Post a Comment